Ramai di kalangan remaja sekarang yang hanya mengetahui istilah keluarga hanyalah dikalangan ibu bapa, adik beradik & atuk nenek. Namum bagi saya itu bukan lah erti sebenar coz saya memiliki keluarga yang besar dan amat erat sehingga x terfikir jurang antara kami. Walaupun sibuk dengan hiruk pikuk kota, keluarga kami tetap meluangkan masa untuk berjumpa di mana-mana pit stop yang telah di tetapkan. tidak mengira hari mahupun waktu, kami tetap akan bersama meluangkan waktu yang terbaik. Tidak perlu tunggu waktu Hari Raya mahupun panggilan pulang untuk menziarahi keluarga yang sakit, namun keluarga saya tetap akan berkumpul tidak mengira masa.
Setiap minggu ada sahaja panggilan atau pun massage drpd facebook sebagai pemberitahuan jadual berkumpul keluarga.Jika tidak berkumpul, kami akan merancang untuk beriadah bersama keluarga untuk aktiviti bermain bowling, berkaraoke dan juga berenang di kolam renang.
Keluarga saya juga ade menjalankan aktiviti Hari Keluarga di merata negeri termasuk luar negara.saya amat bersyukur mempunyai kelurga besar saya yang amat prihatin terhadap segala yang berlaku antara kami tidak kira kecil @ besar.
Semoga tradisi kami untuk terus besarkan famili SYED TAMRIN SYED SAFI & SHARIFAH HASMAH SYED HASHIM akan terlaksana, insyAllah.
No comments:
Post a Comment